nuffnang ads

Wednesday, June 9, 2010

Tabligh

Allah Taãla states that one reason for this Ummah being titled as the best of Ummahs, is the practice of 'commanding good and preventing evil'.

Nabi (Sallallaahu Álayhi Wasallam) states, "Whosoever from among you witnesses evil, he should change it with his hands. And if he is unable to do so then he should change it with his tongue. And if he is unable to do so with his tongue, then he should at least consider it to be wrong. And this is the weakest stage of Imaan." (Mishkãt)

Hadhrat Nuúmaan bin Basheer (Radhiallaahu Ánhu) says that Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) gave an example of people sailing on a boat having an upper deck and a lower deck. The people from the lower deck require water and request water from the people of the upper deck. The people from the upper deck refuse water so the people from the lower deck decide to make a hole on the floor of the ship and get water from the sea. Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) said, "If the people from the upper deck don't stop the people at the bottom from making a hole, the ship will sink and all the people travelling will drown." (Mishkãt vol. 2 p. 436)

Similarly, if people do not prohibit evil and sin in the society, the entire society - innocent and evil - will equally suffer.

Hadhrat Abu Hurayra (Radhiallaahu Ánhu) states that Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) said, "Command good and prohibit evil or else Allah will send such a punishment that will destroy everyone." (Ibid)

The above quotations of the Qurãn and Ahaadith of Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) are clear that commanding good and prohibiting evil is an emphasised injunction of Allah and His Rasul. Every person must carry out this injunction. All the Prophets (Álayhimus salaam) followed the footsteps of their respective Prophets and after the demise of their Prophet, they carried out the same mission. The Sahaaba of Rasulullah (Radhiallaahu Ánhum) spent their entire lives in commanding good and prohibiting evil. Since there is no Prophet to come, every Ummati of Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) is the deputy of the Prophet and has to carry on the mission of the Prophet. The people of Tabligh Jamaat sacrifice their time, wealth and comforts to undergo difficulty and hardships to go in the path of Allah - to carry out this Sunnah of the Prophets - commanding good and prohibiting evil.

As far as the Tabligh Jamaat is concerned, it is our humble view that they are acting upon this injunction of Allah Taãla and are fulfilling this obligation of Shariáh. the Jamaat advocates strict adherence to the Sunnah and confines itself within the ambit of the Shariáh. The purpose of any individual taking part in the noble work of Tabligh is firstly to reform oneself and dutifully save mankind from the fire of hell. The overwhelming success of the Jamaat is mainly because of the manifestation of the six points which involves the purification of the Naffs and the entity of Tawheed.

The word 'Tashkeel' literally means 'to form'. In the terminology of Tabligh, it means to urge the people to give time, to come out in the path of Allah for self reformation and propagating good for a number of days 3, 7, 40, 4 months, 1 year, etc. The number of days is also not compulsory, it is only recommended just as it is recommended that a person studying first aid, for example, serves one month as practicals. While he will not be an expert in medicine, he will know the basic things to do during an emergency. Similarly, a person going out for 3 days, 40 days, 4 months, etc. does not become an expert on Shariáh, but he will learn the basic requirements of Shariáh. The more time he gives, the more he will learn and perfect himself. The time frame is not a criteria according to Shariáh.

and Allah Ta'ala Knows Best

Ilmu Penunduk, Perbuatan Terkutuk

Ustazah Nor Bayah Mahamod, Pendakwah Bebas terkemuka Malaysia menegaskan bahawa ilmu penunduk ini merupakan satu cabang ilmu hitam yang perlu dielakkan kerana ianya membawa syirik kepada Allah s.w.t kerana kita sebagai hambaNya tidak meminta terus kepada Tuhan dengan cara berdoa, sebaliknya meminta kepada manusia yang lain. Allah tidak menerima ibadah mereka yang syirik dan jika tidak sempat untuk bertaubat, balasan di akhirat, azabnya tidak dapat digambarkan. Menurut Ustazah Nor Bayah juga, adalah tidak salah untuk berikhtiar dalam mencari kebahagian rumahtangga tetapi sebagai seorang Islam, kita harus tahu apakah cara yang dibenarkan agama agar kita tidak terpesong dan mengikut telunjuk syaitan.

Ilmu sihir yang digunakan untuk menundukkan pasangan ada pelbagai jenis. Jenis sihir untuk membuatkan pasangan lebih kasih dan sayang dikenali sebagai At-tiwalah. Ahli sihir akan meminta pengamal untuk membawa satu barang yang telah dipakai oleh mangsa seperti pakaian, seluar, sapu tangan yang telah terkena peluh mangsa untuk dijampi dengan beberapa batang jarum. Setelah dijampi, jarum ini akan ditanam di satu tempat tertentu. Makanan juga akan dijampi dengan benda-benda kotor seperti darah haid, kencing atau najis untuk dihidangkan kepada si mangsa. Adegan dalam filem Isteri, Perempuan dan … di mana Sofea Jane pernah melakonkan watak isteri yang dizalimi suaminya, lantas membuat nasi tangas atau nasi kangkang kepada suaminya, Nasir Bilal Khan supaya suaminya tunduk dan patuh kepada kemahuannya.

Nasi tangas merupakan salah satu daripada sihir at-tiwalah dan nasi ini dibuat dengan mengambil nasi atau makanan yang masih panas, lalu dicampurkan dengan bahan-bahan kotor yang diambil daripada badan manusia (pengamal), seperti daki, kotoran celah-celah kuku dan dikangkangkan sehingga wap daripada kemaluan jatuh dalam makanan tadi. Untuk menambah keberkesanan nasi tangas atau nasi kangkang ini, duduk mencangkung, rapatkan punggung pada nasi untuk selama lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit dan lakukan ketika berada di dalam keadaan haid. Nasi tangas yang bertujuan untuk membuat suami bertambah sayang akan menjadikan suami seperti seorang bodoh yang takut kepada isteri dan mengikut sahaja apa yang diarahkan isteri.

Ustazah Nor Bayah menekankan berkali-kali bahawa mana-mana pihak yang menggunakan bahan-bahan lain selain daripada air kosong dan ayat suci Al-Quran adalah patut dijauhi. Memandangkan zaman sekarang ini sarat dengan pelbagai jenis rawatan alternatif di pasaran yang memberi pelbagai jenis pilihan kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga untuk tampil menerima rawatan, kebijaksanaan individu dalam menilai sesuatu rawatan amat penting. Menjawab panggilan pemanggil yang dikenali sebagai Puan Hanifah dari Kedah yang ingin meminta pendapat bolehkan seseorang mendapatkan bantuan luar kerana kusyuk dalam solatnya terganggu dengan perangai suami yang zalim zahir dan batin, Ustazah Nor Bayah menegaskan bahawa walaupun seseorang pengamal perubatan itu menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam rawatannya, pastikan tiada bahan-bahan lain yang diminta seperti kuku dan sebagainya.

Adalah lebih baik jika dapat menyelidiki lebih dahulu latar belakang pengamal perubatan itu samada dia seorang yang kuat beribadat atau bagaimanakah reputasinya dalam bidang perubatan Islam. Jangan terus mempercayai sekiranya bomoh atau tukang ubat menggunakan ayat Al-Quran kerana kadang-kadang perbuatan itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata pelanggan. Namun, jika pengamal perubatan tersebut hanya menggunakan air dan doa semata-mata tanpa menyembur air tersebut, insyaallah ianya boleh diguna pakai.

Sejenis sihir lagi yang sering diamalkan ialah sihir kasih yang dikenali sebagai sihru'-mahabbah. Sihir ini khas untuk isteri atau suami yang tamakkan harta yang dimiliki pasangan dalam memastikan pasangan tidak beralih kasih kepada orang lain lantas segala harta akan menjadi milik pengamal seorang sahaja. Sihir jenis ini memerlukan barangan peribadi isteri atau suami yang akan dijampi dan ditanam di tempat tertentu atau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman. Dengan jampi serapah itu, mangsa akan mengikut kehendak pengamal sepenuhnya. Jika kad ATM diminta, ianya akan diberi tanpa banyak soal.

Terdapat juga sihir yang lebih bahaya dikenali sebagai as-sihru'i-aswad, iaitu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas supaya kesannya juga kotor di mana suami akan membenci semua wanita dan kemungkinan juga akan menyebabkan suami jatuh sakit kerana termakan benda-benda kotor. Selain daripada itu, jin-jin juga boleh memainkan peranan dalam menganggu kehidupan berkeluarga dengan menjadikan pasangan kelihatan hodoh atau mengganggu dalam kehidupan berkelamin dengan menyebabkan si suami berasa seolah-olah adanya sepotong daging menyekat faraj isteri atau apabila suami cuba mengadakan hubungan seks dengan isteri, jin akan mematikan suis ransangan seks yang berpusat di otak lantas menjadikan alat kelamin yang menegang keras serta merta terkulai layu dan lembik.

Menurut Ustazah Nor Bayah, seorang teman beliau pernah mengalami kejadian terkena ilmu penunduk dan mangsanya ialah si isteri. Perkahwinan tersebut bukan sekufu di mana isteri lebih kaya daripada suami. Selepas berkahwin, keluarga pihak perempuan itu perasan bahawa anak perempuannya menyara segala-gala perbelanjaan dan walaupun diherdik dan dihina oleh si suami, anaknya tidak membalas. Lantas menyedari ada sesuatu yang tidak kena, ibu bapa dan keluarga si isteri telah mencari ikhtiar dengan membaca Yasin dan ayat-ayat Al-Quran kepada anaknya. Alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan setelah sembilan tahun berumahtangga.

Ilmu penunduk bukan penyelesaian kepada masalah rumahtangga tetapi ianya akan menjadi masalah kepada sesebuah rumahtangga yang dibina. Sebagai seorang Islam, tidak ada tembok antara kita dengan Allah dan doa itu merupakan senjata kita yang paling berkuasa. Allah menjanjikan manusia cabaran di dunia dan melihat bagaimana manusia menghadapinya. Menurut Ustazah Nor Bayah, Allah sering menyuruh malaikat turun ke bumi untuk memberi manusia cabaran kerana Allah rindu untuk mendengar manusia berdoa kepadaNya.

Sifat-sifat negatif harus diganti dengan sifaf-sifat positif dan untuk pasangan suami isteri, tanamkan kasih sayang dalam rumahtangga dengan cara yang betul. Pelbagai doa yang boleh diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang di antara suami isteri. Di antaranya ialah surah Ali Imran ayat ke 31 yang bermaksud Katakanlah: “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Bagi mereka yang mempunyai pasangan panas baran, gunakan surah Al Hasymi ayat ke 21 untuk berdoa agar dia cepat sejuk hati.

Dari Abdillah bin Mashud Radiallahu-Anhu katanya: Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tangkal dan ilmu pengasih itu adalah syirik. (Riwayat Al-Imam Abu Majah). Rasullullah s.a.w juga pernah cuba disihir oleh orang Yahudi, maka diturunkan Allah surah tiga Qul agar dapat melindungi Rasullullah daripada disihir.

Bagi mereka yang mengamalkan ilmu penunduk atau ilmu sihir, kesannya ialah dibenci oleh Allah s.w.t dan diberikan jiwa yang kucar-kacir yang akhirnya kehidupan akan ditimpa kebinasaan. Jalan terbaik untuk kembali ke pangkal jalan ialah dengan bertaubat nasuha kerana Allah tidak pernah menganiaya hambaNya.


Monday, June 7, 2010

merindui kamu semua

semalam aku mengalir air mata yang tak dapat aku tahan2 lagi,aku amat merindui anak2 aku....aku cuba sorokkan apa yang aku rasa,tapi semua tu jadi ngan spontan....kerana aku manusia yang berpijak di bumi yang nyata....aku amat merindui mereka,apa yang aku bole buat selain membuat panggilan phone saja dan tgok pix dorang ...walau apa skali pun terjadi aku tetap "papa" dorang....aku memg nak jaga dorang,tapi aku xnak setengah kat aku n setengah kat tut....aku xnak pisahkan mereka....biarlah aku yang tanggung kerinduan....harapan aku hanyalah mahu jadi "papa" yang terbaik untk dorang n memberi pelajaran untuk masa depan mereka...apa skali pon hidup perlu di teruskan.....tidak perlu menyalahkan sesiapa..."wahai anak2 papa,korang semua harta papa sampai papa hilang di telan liang lahad".......