nuffnang ads

Monday, January 31, 2011

berjalan dan terus maju....

kenali siapa diri anda!!!

semalam gua pergi kelas dr azizan osman.actually ni yang kedua kali gua pergi.2 tahun lepas gua da pergi memang best le..kita bole kenal siapa diri kita dan tahu apa kelmahan yang ada pada diri kita dan seterusnya dapat memperbetulkan kesilapan yang ada...pasni gua akan pergi kelas yang selanjutnya.rega yang selanjutnuya ni mahal le sikit reganya... www.richworks.com.my


Dr. Azizan Osman

Salam...

Monday, January 17, 2011

7 prinsip utama menjalankan perniagaaan

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Sunday, January 2, 2011

borak2 pasal bisnes....

aku pon mcm bagus le menanyakan soalan2 yang secara spontan yang keluar dari mulut aku,siap cakap aku follow band ni dari kecik...tapi memg betul pon time tu aku baru umur 7 tahun...tapi bila bro amy tanya...konsert baru ni ada pg x?dengan tersipu2 aku cakap,xdapat dtg le bro...buek malu yo...kato follow dari kecik...papepon SEARCH memg hebat!!!

sampai senget mulut aku hehehe...

memang friendly rockstar ni!!

time nak bergambar ngan bro amy,aku punya le segan..maklum le,rockstar ni....tapi bila da ajak bergambar.memg friendly le rockstar gua ni....siap borak2 kat luar n dia cerita projek SEARCH untuk tahun ni....menyambut ulang tahun search.....phhheeeewwiiiittttt!!

cheng ho


semalam 2 jan 2011 gua ngan wa punya chenta sudah melantak kat cheng ho,masakan kat kira ok le.tomyam memang sedap...sambil makan dengan harapan dapat berjumpa dgan owner...
AMIN!!Allah telah menunaikan impian aku....

Saturday, January 1, 2011

final piala aff suzuki


sajo yo jelir kek si botak ni....dah tahu memg dia nak kalah hehehe...

malaysia monang!!!

piala AFF SUZUKI...


perlawanan final pertama piala aff suzuki di bukit jalil...jumpa lak si botak poyo ni...tp nak gak amik gambar ngan dio hehehe....makan je le keja ko coz da tahu ko kalahkan....

mama selamat tiba dari mekah....

alhamdulillah mama telah selamat tiba dari mekah pada 19dec 2010..susut sikit mama...papepun selamt n sihat..amin!!